Ahad, 29 April 2012

Bagaimana mendapat idea menulis blog?

Anda benar-benar ketiadaan idea menulis blog?Saya akan berikan beberapa tips mudah untuk mendapat idea untuk menghasilkan entri blog terbaru.

1) Membaca artikel dari laman web atau blog lain serta memberi ulasan dan pendapat anda mengenai artikel tersebut.Bukan meniru secara bulat-bulat dari artikel tersebut.

2) Melawat atau 'blogwalking' ke blog orang lain.Lihat artikel mereka.Mungkin dari situlah akan lahir ilham untuk menghasilkan entri blog anda.

3) Sertai mana-mana forum yang berkaitan dengan blog anda.Sambil itu kita dapat membaca apa sahaja yang mereka lontarkan mengenai dunia blogging.Dari situ,anda mungkin boleh menjadikan ia idea terbaru untuk entri anda.

4) Anda perlu mempunyai pengetahuan dan pengalaman yang mendalam mengenai apa yang anda tulis dalam blog anda itu.Ini penting bagi memastikan artikel yang anda ingin hasilkan itu benar-benar berguna dan bermanfaat.

5) Anda hasilkan apa sahaja ulasan dan pendapat anda mengenai isu-isu semasa dan apa sahaja yang berlaku di sekeliling anda.

Dari tips yang saya berikan di atas,anda boleh memperoleh idea yang mudah untuk menulis blog. 

Buat Duit Dengan Menulis Di Internet?

Bagaimana membuat duit dengan menulis di Internet?Sebenarnya,di Internet terdapat banyak 'lubuk emas' tetapi masih belum dapat diterokai sepenuhnya.Dengan menulis di Internet sahaja,kita boleh memperolehi pendapatan lumayan.Cara membuat duit dengan menulis di Internet ialah:

1) Menulis ebook dan menjualnya.

2) Menulis artikel dengan disertakan link affiliate.

3) Menulis artikel di blog dan laman sosial.

4) Menulis mengenai usahawan dan perniagaan lain.

5) Menulis ebook dan menyebarkannya secara percuma.

6) Menulis e-mel promosi atau ulasan produk dan menghantarnya kepada prospek (pelanggan) yang berminat.

7) Menulis dalam format audio atau video selain teks.

8) Menawarkan perkhidmatan penulisan seperti copywriting,artikel,surat jualan dan sebagainya.

9) Menulis iklan di mana-mana laman web atau blog yang bertrafik tinggi.Tulis dengan menggunakan ayat yang menarik.Cara ini mungkin dapat menarik pelanggan membeli dan melanggan perkhidmatan anda.

10) Menyertai mana-mana pertandingan mengulas produk yang dianjurkan secara online.

11) Menulis blog dengan topik yang anda minati atau apa sahaja topik yang menarik serta diletakkan iklan Google Adsense.Anda akan mendapat duit apabila orang mengklik iklan tersebut.

12) Mengambil upah dengan menjadi blogger kepada mana-mana blog.

Berikut adalah cara-cara untuk membuat duit dengan menulis di Internet.Anda boleh mencuba mana-mana yang anda mahukan. 

Sabtu, 31 Mac 2012

Prinsip Buat Blog

Seperti Rukunegara,membuat blog juga ada Prinsip-nya yang tersendiri.Tanpa prinsip ini,anda akan gagal menjana walaupun satu senpun dengan blog anda dan blog anda akan gagal.Saya akan kongsikan 8 prinsip untuk membuat blog.

1) Pilih Topik Blog Anda.
2) Pilih Kata Kunci Blog Yang Sesuai.
3) Dapatkan Domain dan Blog Hosting.
4) Kemaskini Blog Selalu.
5) Promosikan Blog.
6) Eratkan Hubungan Dengan Pelawat Blog Anda.
7) Monetize (wangkan) Blog Anda.
8) Ulang semua Prinsip Di Atas Dan Lakukannya Juga Pada Blog Lain.

Diharap,dengan Prinsip Blog di atas,ini dapat membantu anda menghasilkan blog dengan sempurna dan dapat menjana pendapatan lumayan daripadanya.Selamat beramal!

Jumaat, 30 Mac 2012

Cara Mudah Buat Duit Dengan Blog

Sebenarnya,membuat duit dengan blog ni tidaklah terlalu sukar.Anda hanya memerlukan beberapa tips sahaja untuk menghasilkan pendapatan lumayan dengan blog anda.Malahan,ramai juga blogger yang berjaya menghasilkan pendapatan 4-5 angka dengan menulis blog sahaja.Ini merupakan langkah mudah untuk buat duit dengan blog:

1) Meletakkan unit iklan di blog anda.Anda boleh mendaftar dengan mana-mana komuniti pengiklanan online seperti Nuffnang,Advertlets,AdsNiaga,Adsense (jika blog anda berbahasa Inggeris) dan sebagainya.Anda akan mendapat duit sekiranya orang mengklik iklan tersebut.

2) Program Affiliate.Sertai mana-mana program affiliate,dan letakkan banner iklan ataupun link produk tersebut ke blog anda.Apabila orang klik,download ataupun membeli produk affiliate tersebut,anda akan mendapat komisyen dari si empunya produk.Contohnya cj.com. dan ClickBank.

3) Jual barang/produk anda di blog.Tidak kira apapun bahasa yang digunakan blog anda,anda jual apa sahaja produk/barangan yang anda ingin jual dan promosikannya.Pasti akan ada yang membeli produk anda.

4) Jual Ruangan Iklan di Blog.Jika blog anda sudah popular,apa kata anda jual unit iklan dalam blog anda.Dengan populariti blog anda,pasti sesiapa sahaja mahu mengiklan di blog anda.Anda tetapkanlah berapa sahaja harga bagi unit iklan tersebut.Contohnya RM20 sebulan bagi iklan teks dan RM100 sebulan bagi iklan banner.

Tips di atas merupakan langkah mudah untuk anda membuat duit dengan blog anda.Cubalah praktikkannya,pasti anda akan 'masyuk' dengan blog anda.Selamat berjaya!

Persoalan Bagi Blogger



Semua orang mahu menjadi blogger tetapi hanya segelintir orang yang berjaya sebagai blogger.Sebelum anda mahu bercita-cita menjadi blogger yang berjaya,cuba renungkan sejenak,apakah persoalan yang sering bermain dalam fikiran seorang blogger?

1) Adakah saya suka menulis?
2) Apakah yang saya mahu sampaikan?
3) Adakah saya dapat berkomunikasi dengan baik?
4) Adakah saya lebih berkata-kata daripada menulis?
5) Sanggupkah saya belajar mengenai perkara teknikal mengenai blog?
6) Adakah saya mampu mendisiplinkan diri untuk berblogging?
7) Adakah saya mempunyai masa untuk mengemaskini blog?
8) Adakah saya sedia menerima komentar dan kritikan dari pembaca blog saya?
9) Adakah saya mahir menggunakan mana-mana perisian untuk blog saya?
10) Bolehkah saya menimbulkan 'sense of humor'?
11) Adakah saya boleh mempelajari benda baru?
12) Adakah saya suka membaca?
13) Bolehkah saya mengurus blog dengan baik?
14) Adakah saya gemar bersosial?
15) Adakah saya suka bersosial di Facebook dan Twitter?
16) Adakah saya kreatif?
17) Adakah saya mudah berubah fikiran?
18) Adakah saya mampu berterus-terang dalam blogging?
19) Bolehkah saya bekerja keras untuk blog saya?
20) Bolehkah blog saya berjaya?

Itulah yang seringkali bermain di fikiran kebanyakkan blogger.Anda sebenarnya boleh menjawab dan merungkai sendiri persoalan ini dengan melaksanakan segala apa yang anda fikirkan anda boleh lakukannya.Selamat berblogging!

Topik Yang Betul-Kunci Kejayaan Sebuah Blog



Dalam membina sebuah blog,salah satu
unsur yang penting ialah memilih sesuatu topik yang betul untuk blog.Jika anda memilih tajuk yang betul,blog anda akan memberi banyak manfaat dan keuntungan kepada anda untuk jangkamasa panjang.Tetapi jika sebaliknya...Baiklah,tanpa membuang masa,saya akan kongsikan kepada anda cara untuk memilih topik blog yang betul.

1) Topik yang anda suka dan minat.Amat penting sekiranya anda mahu menghasilkan sebuah blog,sesuatu topik yang anda pilih itu mesti berpadanan dengan minat anda.Jika anda memilih topik yang anda kurang minat,anda tentunya sukar untuk memberikan komitmen dalam menulis blog.

2) Populariti sesuatu topik.Selain memilih topik yang anda minat,topik itu juga mestilah topik yang popular dan menjadi tumpuan umum.

3) Topik yang mengikut trend semasa.Tidak semua topik yang popular akan kekal sepanjang masa.Anda haruslah sentiasa melihat pada perkembangan semasa bagi memastikan topik yang anda pilih itu kekal relevan.

4) Persaingan yang hebat.Salah satu kesilapan lazim seorang blogger ialah memilih topik yang banyak digunakan umum dan terlalu popular.Topik yang sering digunakan umum adalah topik yang mempunyai saingan yang hebat.Seeloknya,gunakanlah topik yang kurang popular kerana topik tersebut kurang mempunyai saingan.

5) Mencipta Sub-Niche.Cara untuk membina subjek blog yang menguntungkan adalah dengan menentukan kekurangan blogger yang telah diterbitkan.Anda boleh fokuskan kepada kekurangan saingan pada sesuatu subjek untuk dijadikan sub-niche anda.

6) Keuntungan sesuatu topik blog.Blog yang sepenuhnya berasaskan keuntungan seharusnya menyasarkan sesuatu topik yang boleh menarik minat si pengiklan.Topik blog sebenarnya merupakan satu pelaburan.Topik yang menguntungkan adalah topik yang menarik minat segmen pasaran yang disasarkan oleh advertiser ataupun blogger.Dan tak semua topik blog memberi keuntungan yang sama.

Dengan tips yang saya berikan di atas,diharap anda akan dapat memilih topik yang bersesuaian dengan blog anda.Walaupun anda merasakan agak sukar untuk mencari topik blog yang sepadan dengan tips di atas,namun anda harus melupakannya dan terus berblogging!Mengetahui kekurangan sesuatu topik blog yang anda pilih sudah cukup untuk meningkatkan lagi blog anda.

Khamis, 8 Mac 2012

Kriteria Bagi Sesuatu Idea Perniagaan


Adakah anda mempunyai idea untuk memulakan perniagaan?Banyak atau sedikit?Tetapi anda tahu tak apa kriteria-kriteria terbaik bagi idea-idea tersebut?Jika anda tidak tahu mengenainya,saya akan kongsikan dengan anda.

1) Terbukti.Perniagaan anda mestilah terbukti dapat memberi kepuasan serta dapat menyelesaikan masalah pelanggan.

2) Boleh diuji.Perniagaan anda mestilah boleh diuji dengan apa sahaja.Contoh dengan Pay-Per-Click untuk menguji kebolehlihatan perniagaan anda.

3) Mudah dan cepat.Ia mestilah mudah dan cepat dilaksanakan.Sebagai contoh,sesebuah website atau blog mestilah mudah untuk disediakan dan boleh disiapkan dalam masa singkat contohnya 1 bulan.Maknanya,jika anda mendapati website anda agak rumit dan mengambil masa lebih dari 1 bulan,ketepikan sahajalah idea tersebut dahulu.

4) Hasilnya mesti boleh dijangka.Anda boleh mengetahui sendiri hasil niche tersebut sama ada boleh dijangka ataupun tidak dengan melihat pada produk sedia ada di pasaran.

5) Manfaat yang berterusan.Anda perlu melakukan back-end sale dengan menawarkan sampel,laporan,ezine dan ebook percuma.Jangan hanya bergantung harap pada jualan asas produk sahaja.

6) Relevan.Perniagaan anda mesti relevan berdasarkan niche yang anda pilih.

Demikianlah kriteria bagi sesuatu idea perniagaan yang ingin anda lahirkan.Anda renung-renungkanlah dan selamat beramal!

Rabu, 7 Mac 2012

Tip Penting Berniaga Di Facebook


1) Gunakan peluang berniaga di Facebook untuk mengumpul senarai pembeli.Facebook adalah medium perniagaan yang mempunyai potensi luas kerana ramai orang memilih untuk berurusan di Facebook.

2) Mesti mempunyai laman web jualan sama ada minisite,blogshop ataupun shopping cart sendiri.Perniagaan anda bukan sahaja terhad kepada Facebook,malahan banyak cara lain yang boleh anda cuba.

3) Anda tidak akan selama-lamanya berniaga di Facebook.Persoalannya,adakah dapat berniaga di Facebook untuk tempoh 3 hingga 5 tahun lagi?Sudah tentunya tidak.Anda harus mengembangkan lagi perniagaan anda.

4) Seperti no.1,simpan dengan rapi semua maklumat peribadi pelanggan anda seperti nama,emel,alamat dan nombor telefon.Dan gunakan maklumat tersebut untuk menghubungi mereka secara konsisten.Ramai Internet Marketer telah menggunakan kaedah ini.

5) Maklumat pelanggan yang disimpan rapi merupakan rahsia kekebalan sesuatu bisnes.Andainya pasaran di Facebook semakin tepu atau berlaku sesuatu yang tidak diduga,perniagaan kita tetap dapat diteruskan kerana mempunyai maklumat pelanggan.

Facebook hanyalah platform untuk anda berniaga.Anda harus menggunakan lebih lagi kaedah daripada ini.

Selasa, 6 Mac 2012

Promosi KLServer: Web Hosting+Domain Percuma


Ingin mendapatkan web hosting yang murah serta nama domain percuma?KL Server lah jawapannya!Kini KLServer Studio sedang mengadakan promosi dimana anda boleh mendapatkan web hosting bersaiz 10GB serta nama domain .com percuma dengan hanya RM100 setahun.

Pakej web hosting itu merangkumi ruang web 10 GB,dan pemindahan data bulanan 100 GB.Ciri-ciri web hosting tersebut adalah:

1) Maksimum 5 tambahan nama domain untuk satu web hosting.
2) Pangkalan data MYSQL tanpa had.
3) Ruang meletak domain tanpa had.
4) Subdomain tanpa had.
5) Akaun E-Mail tanpa had.
6) Akaun File Transfer Protocol (FTP) tanpa had.
7) Panel kawalan Cpanel.
8) Fantastico De Luxe.
9) Yuran pemasangan hosting '0'.
10) Pemasangan domain PERCUMA seumur hidup!

Promosi di atas hanya sah dari 1 hingga 31 Mac 2012 sahaja.Cepat! Jangan tunggu lama-lama,nanti lama-lama,DOMAIN dikebas orang...

Untuk maklumat lanjut,klik ke laman web KLServer.

Isnin, 5 Mac 2012

Cara Mudah Menulis Blog

Sebenarnya,menulis blog tidaklah sukar.Ia hanya memerlukan 10 langkah sahaja(sangat mudah).Saya akan tunjukkan kepada anda bagaimanakah cara termudah untuk menulis blog.

1) Jika anda mempunyai sebarang pendapat tetapi tidak tahu dimana hendak dilontarkan,lontarkan di blog.Nyatakan apa sahaja pendapat anda mengenai apa yang berlaku di sekeliling anda.

2) Jika anda menonton Buletin Utama ataupun apa-apa berita di televisyen setiap hari,berikan ulasan anda mengenai berita tersebut.Berikan juga pendapat anda.

3) Tuliskan apa yang berlaku di sekeliling anda.Walaupun ia kelihatan tidak penting,ia kelihatan sangat unik dan pastinya dapat menarik minat pembaca.

4) Tulis artikel yang ringkas tetapi padat.Usah menulis artikel blog yang berjela-jela,tetapi 'zero'.Maksudnya,biar artikel tersebut kelihatan ringkas tetapi penuh informasi.

5) Anda perlu memilih tajuk yang menarik untuk entri terbaru blog anda.Tajuk yang menarik akan menarik perhatian pembaca sekaligus pembaca akan mengklik tajuk artikel itu untuk membacanya.Contohnya,cuba lihat tajuk berita-berita dalam Harian Metro.

6) Berterus teranglah dalam menulis entri blog.Kurangkan kiasan.Jika terlalu berkias ini akan menyebabkan pembaca tidak faham dan keliru akhirnya mereka langsung tidak membaca entri blog anda.Ada juga yang langsung tidak faham apa itu bahasa kiasan.

7) Gunakan kata kunci (keyword) yang banyak digunakan di enjin carian.Contohnya jika anda menulis artikel mengenai resepi kek coklat,gunakan kata kunci 'Resepi Kek Coklat'.Dengan ini artikel anda akan mudah dicapai dan dibaca pelawat.

8) Gunakan nombor atau point untuk menerangkan fakta-fakta yang penting.Fakta yang penting tidak seharusnya ditulis dalam perenggan yang panjang.Ini akan menyebabkan pembaca terlepas pandang sesuatu fakta yang penting.

9) Tidak perlu membuat entri yang terlalu panjang.Biarlah entri tersebut ringkas tetapi padat dengan informasi berguna.Entri yang terlalu panjang akan menyebabkan pembaca merasa bosan untuk membacanya.

10) Baca dan teliti setiap ayat dalam entri tersebut sebelum menerbitkannya.Dengan cara ini,kita dapat mengenal pasti mana ayat yang tersalah ejaan,mana ayat yang mengelirukan dan sebagainya.Jika ada kesalahan dalam ejaan ataupun penggunaan bahasa,sila betulkannya.Mana tahu,sekiranya anda menerbitkannya begitu sahaja tanpa menelitinya,pelawat akan memberi komen yang pedas malahan mengutuk anda akibat kesalahan tersebut.

Menulis blog tidak sukar,kan?Jadi cubalah praktikkannya.Mudah kan?